Jari-jemari ini ringan untuk memetik setiap butir huruf yang ada pada komputer ribaku yg usianya sudah hampir 4 tahun.Entah apa yg membuatkan aku rasa ingin menulis sesuatu.Tiada kemahiran untuk aku mengungkap baris kata yg tersusun indah.Namun hati ini bicara mahu menulis tapi bukan sekadar untuk suka-suka.Aku mahu menulis berkongsi rasa,menggunakan kemudahan yg ada sebagai wadah buat menyampaikan sesuatu yg bermakna.
Kata hati yg pertama mahu kukongsi bersama :
~Hiasi dirimu dgn IMAN mutiara hati,kalungkan jiwamu dgn TAQWA sbgai jati diri,mg redhaNya sntiasa bersamamu sbgai hamba ILAHI~
Cantik!itulah yg terkeluar dari mulutku pabila kaki ini melintasi sebuah kedai yg menjual brg perhiasan wanita apa lagi kalau bukan "Kedai Emas".Bersilau mataku memandang cahaya kilauan dari cincin dan rantai kedai tersebut."Orang pempuan mmg suka ek brg2 kemas ni?"tny suamiku.Jawabku spontan "Normal pempuan mmg suka alat perhiasan brg kemas ni,aksesori utama,ble wat aset gak".Tersenyum suamiku mendengarnya..tak lama lepas tu suamiku berkata : "Lagi cantik dan ayu klo org pempuan ni hiaskan diri mereka hny utk suami,taat perintah Allah,taat perintah suami,jaga iman di hati insyaallah syurga menanti".Terkesima telingaku dgn kata2 suami,bicara penuh makna mendtgkan kesan di hati..lalu bait-bait kata diatas kutujukan untuk diri sendiri,teman2 dan saudara seislamku.Mg2 dpt mdtgkan manfaat bersama.Bicara pertama mahu ditutupi Redha Allah jua yg kupohoni.
No comments:
Post a Comment