Lagu Opick ini mmg menjadi salah satu lagu kegemaranku,berkumandang lagu ini di blogku mengingatkanku kpd peristiwa yg berlaku seminggu yg lepas.Pulang dari rumah ayahbonda, aku dan suami singgah ke klinik sekadar untuk cek mata suamiku yg sakit.Tatkala turun dari kereta,muncul seorang perempuan meminta bantuan suamiku dan orang yang lalu lalang di depan klinik untuk mengangkat seorang pesakit yg tidak sedarkan diri dr sebuah van.Dari kejauhan aku melihat,isteri pesakit tersebut menangis memangku suaminya di dlm van.Aku kira perempuan yg meminta bantuan td adalah kakak isteri pesakit.Ketika suamiku dan orang ramai mengangkat pesakit tersebut ke dalam bilik kecemasan jantung aku yg berdegup kencang...Allah... sudah pucat lesi mukanya.Di dalam klinik isterinya tidak berhenti menangis,sanak saudara menenangkannya,aku dan suami yg duduk agak jauh dr mereka masih dpt mendengar tangisan si isteri.Ku tanya pd suami : "Masa angkat tadi mmg pesakit tu dah tak sedar ke?".Jawab suami: "Mmg dah tak sedar".Dari lubuk hati aku berdoa selamatkannya nyawanya ya Allah..Suasana di dalam klinik agak kelam kabut,kebetulan waktu tu hanya ada seorang doktor perempuan yg bertugas.Agak lama kami menunggu,datang pembantu klinik memberitahu kami: "Lambat sket encik 'patient' tadi masih dalam rawatan".Aku dan suami berkata :"Eh xpe,kami boleh tunggu".Air mata si isteri tidak henti2 mencurah ke bumi,sedih,pedih,bimbang,risau mungkin itu yg dia rasakan..Kulihat doktor perempuan memanggil si isteri masuk ke dalam bilik kecemasan,tak lama kemudian dia keluar lalu tersandar jatuh di dinding bilik tersebut..Hati aku menduga mungkinkah suaminya sudah tiada.Dapat kudengar dgn jelas tangisan dan rintihan isterinya : "Dia kata dia syg sy knp dia tinggalkan sy?".Spontan dr bibirku "Allahhhh........"Benarlah seperti yg kuduga lafaz dr bibirku "Innallilahiwainnailahiraji'un"...Dari Allah kita datang kepada Allah jua tempat kembali..Peristiwa itu masih belum hilang dr benak fikiranku..ia membuatkan aku berfikir..sekiranya aku berada di situasi si isteri tadi..apakah aku mampu melaluinya,apakah aku kuat menempuhnya..sesungguhnya kematian itu pasti tiba..apakah aku sudah bersedia bertemu dgn Penciptaku yg satu...Ya Rahman berilah peluang untuk aku meneruskan amalan bagi menghadapi saat kematian...
~Baris kata yg ingin dikongsi bersama,bukan sekadar suka-suka,buat mengingati diri sendiri yg sering alpa,buat diri mengetahui bhwa aku adalah hambaNya~
ahlan wa sahlan
Sunday, 20 November 2011
Saturday, 19 November 2011
Pabila insan mengenal PenciptaNya...
Pabila insan mengenal PenciptaNya,
Sudah pasti bergetar jiwa mereka,
Berombak beralun hati-hati mereka,
Hancur luluhlah sanubari mereka.
Pabila insan mengetahui PenciptaNya,
Cinta dihati-hati mereka hnylah kpdNya,
Mengingati Yg Maha Esa sepanjang masa,
Tiada yg Maha Bekuasa selain DIA.
Pabila insan sentiasa sedar kehebatan PenciptaNya,
Tawadhu'lah mereka merendah diri di bumi TuhanNya,
Lembutlah hati mereka menyedari kelemahan jiwa,
Tiadalah alpa tiadalah lupa kpd RabbNya.
Pabila insan tersentuh dgn KeagunganNya,
Setiap langkah harus dijaga,
Kerana tuhan memerhati mereka,
Merimbunlah amal ibadah krn takutkan dosa azabNya.
Pabila hati insan rasa bertuhan pdNya,
Bertambahlah rasa cinta dan takut kpdNya,
Mengenang segala nikmat yg dikurniaNya,
Betapa kerdilnya diri yg bergelar manusia.
Pabila insan menyedari silap mereka,
Kembalilah kpd Tuhan Maha Pencipta,
Krn Tuhan tidak pernah lekang dr manusia,
Selangkah rapat kpdNya seribu langkah DIA bersama kita...
Syukur apa adanya...
Diri ini sgt bersyukur dibesar dan dididik ayahbonda dengan didikan agama yg cukup.Hati ini sgt bersyukur dikurniakan suami yg dapat membimbing diri mencari RedhaNya,menegur diri tika alpa dan sama-sama meniti kehidupan yg penuh ujian dan cabaran.Hampir 3 tahun lebih melayari bahtera rumahtangga kami masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahayamata.Melihat rakan-rakan sebaya yg sudah memiliki anak sendiri,hati meronta Allah lebih mengetahuinya.2 tahun lebih kami duduk berjauhan akhirnya tahun 2010 DIA mengabulkan doa kami utk tinggal bersama,sgt bersyukur krn tinggal berjauhan dgn suami mmg penuh dugaan.Ogos 2011 alhamdullilah impian kami utk memiliki rumah sendiri dimakbulkanNya..sungguh ya Allah aku bersyukur apa adanya.Detik ini doa tidak putus dari bibir mohon dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah,amin ya rabb.Mohon doanya duhai teman yg sudi membaca coretan hati nukilan rasa.
Friday, 18 November 2011
Nota Hati Mukasurat Pertama
Jari-jemari ini ringan untuk memetik setiap butir huruf yang ada pada komputer ribaku yg usianya sudah hampir 4 tahun.Entah apa yg membuatkan aku rasa ingin menulis sesuatu.Tiada kemahiran untuk aku mengungkap baris kata yg tersusun indah.Namun hati ini bicara mahu menulis tapi bukan sekadar untuk suka-suka.Aku mahu menulis berkongsi rasa,menggunakan kemudahan yg ada sebagai wadah buat menyampaikan sesuatu yg bermakna.
Kata hati yg pertama mahu kukongsi bersama :
~Hiasi dirimu dgn IMAN mutiara hati,kalungkan jiwamu dgn TAQWA sbgai jati diri,mg redhaNya sntiasa bersamamu sbgai hamba ILAHI~
Subscribe to:
Posts (Atom)