ahlan wa sahlan

Saturday, 19 November 2011

Pabila insan mengenal PenciptaNya...

Pabila insan mengenal PenciptaNya,
Sudah pasti bergetar jiwa mereka,
Berombak beralun hati-hati mereka,
Hancur luluhlah sanubari mereka.

Pabila insan mengetahui PenciptaNya,
Cinta dihati-hati mereka hnylah kpdNya,
Mengingati Yg Maha Esa sepanjang masa,
Tiada yg Maha Bekuasa selain DIA.

Pabila insan sentiasa sedar kehebatan PenciptaNya,
Tawadhu'lah mereka merendah diri di bumi TuhanNya,
Lembutlah hati mereka menyedari kelemahan jiwa,
Tiadalah alpa tiadalah lupa kpd RabbNya.

Pabila insan tersentuh dgn KeagunganNya,
Setiap langkah harus dijaga,
Kerana tuhan memerhati mereka,
Merimbunlah amal ibadah krn takutkan dosa azabNya.

Pabila hati insan rasa bertuhan pdNya,
Bertambahlah rasa cinta dan takut kpdNya,
Mengenang segala nikmat yg dikurniaNya,
Betapa kerdilnya diri yg bergelar manusia.

Pabila insan menyedari silap mereka,
Kembalilah kpd Tuhan Maha Pencipta,
Krn Tuhan tidak pernah lekang dr manusia,
Selangkah rapat kpdNya seribu langkah DIA bersama kita...

No comments:

Post a Comment