ahlan wa sahlan

Sunday, 29 April 2012

Selangkah ke hari tua...

Alhamdullilah,syukur padaMu Rabbi masih lagi diberi peluang menghirup udara yg segar pd tanggal 29 April 2012..Tarikh yg bermakna aku sudah melangkah ke usia 29 tahun, meinginjak ke usia ini tiada harapan lain dan doa kutadahi..moga hidupku sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatMu ya Rahim, panjangkan usiaku moga dapat kuterus berbakti buat suami tercinta, jua berbakti buat ayahbondaku tersayang, berbuuat sebaik mungkin buat adinda-adindaku yang berempat itu, tidak lupa mencurahkan segala ilmu yg tak seberapa buat anak-anak didikku..buat sahabat2 ku, terima kasih atas doa-doa yg kalian utusi di laman muka buku ku..doa kalian amat bermakna, buat kalian ku kirim doa smg hidup kalian sentiasa di bawah naugan kasih sygNya.

29 tahun aku diberi peluang oleh Pencipta ku untuk melihat dunia yg penuh pancarobanya, dunia yg menjadi laman untuk ku tanam benih-benih keimanan dan ketaqwaan,sebanyak mungkin amalan kebaikan yg hasilnya akan ku tuai di sana..mampukah aku?soalan yg sering ku tuju buat hati yg boleh mati kerana cintakan duniawi lantas dgn itu doa jua kupohoni berikan daku peluang untuk sentiasa berbuat kebaikan menghindari segala yg berlawanan drpnya.

Selamat hari tua buat diriku, selangkah ini jua bererti selangkah rapat dikau merapati mati, jangan leka dengan dunia yg fana ini,sesungguhnya tiada yg kekal abadi disini.

No comments:

Post a Comment